Apa Itu Epsom Salt?
Diberi nama garam Inggris atau Epsom salt karana garam ini berasal dari daerah Epsom, Surrey, England. Berbeza dengan garam biasa yang mengandung natrium klorida,Garam Epsom ni adalah sebatian mineral semulajadi yang terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul. Garam Epsom seringkali di kenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit.
Khasiat Epsom Salt
Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat, kedua2 mineral ini mudah diserap ke dalam kulit. Apabila dilarutkan ke dalam air suam, garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan. Magnesium memainkan beberapa peranan termasuk mengawal selia aktiviti2 enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri. Manakala sulfat pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.

Epsom Salt Untuk Mengurangkan Berat Badan
Ramai yang tak mengetahui penggunaan garam epsom ini untuk menurunkan berat badan. salah satu sebab mengapa berat badan seseorang itu bertambah adalah kerana terlalu banyak toksin yang terkumpul dalam badan. garam epsom yang terdiri daripada magnesium dan sulfat ini berfunggsi untuk membuang lebihan toksin ini dan sekali gus menjadikan badan lebih sihat dan cergas.
Cara Penyediaan Garam Epsom
1. Mandian Garam Epsom dan Halia
Masukkan dua sudu besar halia yang sudah dihancurkan kedalam air panas dan campurkan dengan 2 cawan garam epsom.rendam badan anda dalam air campuran itu selama setengah jam supaya pori2 kulit akan terbuka. Apabila pori kulit terbuka, badan akan lebih banyak berpeluh dan mengeluarkan toksin yang tak diperlukan dengan lebih mudah.
2. Mandian Garam Epsom dan Sodium Bicarbonate (Baking Soda)
Campurkan 2 cawan garam dan 2 cawan baking soda kedalam air mandian. Semasa berendam, gosok badan dengan span mandian secara lembut untuk membersihkan lebihan toksin dari badan.
3. Mandian Garam Epsom dan Cuka
Biasanya kita gunakan cuka buah contohnya cuka epal. Campurkan cuka epal tadi bersama garam epsom ke dalam air suam dengan nisbah 2:1. Rendam badan dalam campuran cuka tadi selama 40 minit. selain dari mengurangkan berat badan, mandian ini juga boleh melegakan sakit-sakit sendi.
Nota Penting: Sekiranya anda mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah jantung, mandian detox seperti ini adalah TIDAK digalakkan.
No comments:
Post a Comment