Thursday, 15 January 2015

4 Tanda Anda Berpotensi Mengidap Penyakit Jantung

4 Tanda yg Tanpa Disedari Anda Mempunyai Masalah Saluran Jantung Tersumbat

Menurut Joel K. Kahn, MD, keempat-empat tanda yg mengejutkan ini sebenarnya menunjukkan anda mungkin mengalami masalah saluran arteri yang tersumbat dan menyebabkan masalah jantung yg kronik.

Di Amerika Syarikat, setiap tahun ada lebih kurang 700,000 rakyatnya mengalami masalah jantung dan hampir 400,000 daripadanya mengidap CORONARY HEART DISEASE (CHD).

Hmmmm..ramai jgak tu..kalau kt Malaysian sy rasa lagi ramai dari segi peratusannya disebabkan oleh gaya pemakanan kita setiap hari. Dan kalau anda nak tahu, penyakit jantung juga adalah antara pembunuh nombor satu negara kita.

Tanpa buang masa, jom kita tengok antara tanda2 saluran arteri jantung kita tersumbat kalau mengikut kajian yg dibuat oleh Doktor Joel ni.


1. Baldness atau Ke-Botak-kan


Masalah kebotakkan terutama di bahagian tengah kepala merupakan salah satu tanda yang agak kuat untuk menunjukkan seseorang tu mengidap CHD senyap. Mengikut kajian, hampir 37,000 lelaki di US yang mengalami kebotakkan ni menghidap penyakit berkaitan jantung. Dan dalam kajian yang lain, hampir 7,000 orang termasuk 4,000 wanita yang ada masalah botak ni ada potensi untuk mati disebabkan masalah jantung. Wallahuallam...


2.  Erectile Dysfunction (ED)

 

Atau masalah ereksi dlm hubungan seksual juga merupakan antara tanda kepada saluran arteri yang tersumbat. Lelaki ni mempunya sistem amaran yang semula jadi bagi mengesan pembunuh senyap CHD. Seseorang lelaki yang susah untuk mendapatkan ereksi ataupon lansung tak boleh mencapai ereksi (mati pucuk) sebenarnya menunjukkan arteri dibahagian pelvisnya tersumbat dan merupakan tanda awal sebelum seseorang itu diserang sakit jantung. Secara purata, sela masa antara 3 hingga 5 tahun diperlukan pada waktu bermula nya ED kepada penyakit CHD ni boleh mula dikesan. Jadi ada banyak masa yang kita ada untuk mula berusaha mengesan, menubat dan menghindari diri dari masalah jantung ni. Kalau pasangan anda risau tentang prestasi seksual anda, mula dengan mengesan dan merawat dulu akar masalah iaitu arteri yang tersumbat sebelum anda cari pil2 perangsang yang mempunyai kesan sampingan yang merbahaya.

3. Earlobe Crease


Atau dengan bahasa mudahnya cuping telinga yang berlipat bermula dari atas cuping kebawah cuping (rujuk gambar untuk gambaran yang lebih jelas). Fakta ni sudah berdekad lamanya dikesan dalam penyelidikan perubatan yang merupakan kesan awal kepada CHD. Ini berlaku kerana peredaran darah yang tak sempurna kesan arteri yang tersumbat di bahagian jantung.


4. Sakit dibahagian Betis ketika Berjalan


Biasanya terjadi pada perokok dimana arteri dibahagian kakinya tersumbat dan sangat terdedah kepada CHD. Masalah sakit di bahagian betis ketika berjalan ini perlu kepada penilaian segera oleh doktor. Biasanya doktor akan memeriksa nadi pada bahagian kaki dan menjalankan ujian ringkas memeriksa tekanan darah dan peredaran darah pada kaki sebelum mengesahkan berlakunya arteri yang tersumbat.
mereka yang mengalami masalah ni biasanya dinasihatkan utk banyakkan makan sayuran dan mengurangkan makanan berasaskan haiwan serta memulakan jadual senaman berjalan yang sistematik. Kesakitan pada betis ini boleh hilang hanya dlm seminggu sekiranya disiplin makan dan senaman itu diamalkan.

Dalam entri yang seterusnya nanti sy akan menjelaskan tentang jenis2 makanan yang patut kita ambil bagi mengelakkan saluran arteri darah kita tersumbat.

No comments:

Post a Comment