Assalamualaikum..
Pisang/Banana menjadi pilihan kepada ramai para ibu utk dijadikan makanan pertama anak atau bayi mereka termasuklah anak aku yg first ni. Memang seronok tengok bila dia dapat pisang. Manis, rasanya yg sedap dan khasiat pisang menjadikan anak2 memberi respond yg mengujakan bila mendapat kelainan pada deria rasa mereka. Bagi aku, makanan seperti pisang ni da cukup utk menggantikan instant cereal atau instant food yg banyak ada dijual kt kedai tu. Tapi aku kena standby tukar baju dan basuh badan dia je lah, comot yg amat..huhuhu..
Tapi sebenarnya masih ramai yg tak tahu apa khasiat sebenar pisang ni. Korang boleh baca info yg aku bagi ni.
KHASIAT PISANG
Dalam sebijik pisang (anggaran berat 126 gram berat) mengandungi khasiat dan vitamin seperti berikut. Keep in mind, bagi anak2 kita terutama yg baru nak belajar makan tu, portionnya lebih kecil berbanding apa yg dinyatakan tu:-
- 110 calories
- 0 calories from fat
- 0 cholestrol
- 0 sodium
- 450 g potassium
- 30 g carboydrates: 3 g dietary fiber, 19 g sugars
- 1 g protein
Bayi Umur Berapa Boleh Mula Makan Pisang?
Menurut The American Academy of Pediatrics, ibu bapa harus menunggu anak atau bayi mereka berumur dalam lingkungan 4 hinhga 6 bulan sebelum mula bagi makanan solid atau pejal. Ada jugak lain-lain kumpulan kesihatan antarabangsa menggalakkan supaya ibu bapa menunggu bayi mereka berumur hampir 7 bulan sebelum bermula dgn makanan pejal.
Kalau kita tak konfiden boleh je tanya mana2 pediatricion tentang waktu yg sesuai tuk anak2 korang.
Petua atau Cara Memilih dan Menyimpan Pisang
- masa nak beli pisang tu, pilih yang warna dia kuning atau kuning kehijauan sikit.
- pilih juga yang tak ada black spot banyak sangat.
- Pisang yang warnanya kuning dan senang nak patahkan dari tandan dia tu sesuai utk kita buat puri.
Jangan simpan pisang dalam peti ais tau. Nnti sekejap je buruk. Tp kalau dah pisang tu jadi puri baru lah boleh kita simpan dalam peri ais. Kalau puri tu bertukar warna jadi chokelat skit tu biasa lah..memang normal..still fine tuk bagi anak makan.
No comments:
Post a Comment