Tuesday, 20 January 2015

Resepi Mengurangkan Berat Badan Menggunakan Garam Epsom (Epsom Salt)


Apa Itu Epsom Salt?
Diberi nama garam Inggris atau Epsom salt karana garam ini berasal dari daerah Epsom, Surrey, England. Berbeza dengan garam biasa yang mengandung natrium klorida,Garam Epsom ni adalah sebatian mineral semulajadi yang terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul. Garam Epsom seringkali di kenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit.

Khasiat Epsom Salt
Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat, kedua2 mineral ini mudah diserap ke dalam kulit. Apabila dilarutkan ke dalam air suam, garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan.  Magnesium memainkan beberapa peranan termasuk mengawal selia aktiviti2 enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri. Manakala sulfat pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.

Epsom Salt Untuk Mengurangkan Berat Badan
Ramai yang tak mengetahui penggunaan garam epsom ini untuk menurunkan berat badan. salah satu sebab mengapa berat badan seseorang itu bertambah adalah kerana terlalu banyak toksin yang terkumpul dalam badan. garam epsom yang terdiri daripada magnesium dan sulfat ini berfunggsi untuk membuang lebihan toksin ini dan sekali gus menjadikan badan lebih sihat dan cergas.

Cara Penyediaan Garam Epsom

1. Mandian Garam Epsom dan Halia

Masukkan dua sudu besar halia yang sudah dihancurkan kedalam air panas dan campurkan dengan 2 cawan garam epsom.rendam badan anda dalam air campuran itu selama setengah jam supaya pori2 kulit akan terbuka. Apabila pori kulit terbuka, badan akan lebih banyak berpeluh dan mengeluarkan toksin yang tak diperlukan dengan lebih mudah.

2. Mandian Garam Epsom dan Sodium Bicarbonate (Baking Soda)

Campurkan 2 cawan garam dan 2 cawan baking soda kedalam air mandian. Semasa berendam, gosok badan dengan span mandian secara lembut untuk membersihkan lebihan toksin dari badan.

3. Mandian Garam Epsom dan Cuka

Biasanya kita gunakan cuka buah contohnya cuka epal. Campurkan cuka epal tadi bersama garam epsom  ke dalam air suam dengan nisbah 2:1. Rendam badan dalam campuran cuka tadi selama 40 minit. selain dari mengurangkan berat badan, mandian ini juga boleh melegakan sakit-sakit sendi.  

Nota Penting: Sekiranya anda mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah jantung, mandian detox seperti ini adalah TIDAK digalakkan.

Thursday, 15 January 2015

4 Tanda Anda Berpotensi Mengidap Penyakit Jantung

4 Tanda yg Tanpa Disedari Anda Mempunyai Masalah Saluran Jantung Tersumbat

Menurut Joel K. Kahn, MD, keempat-empat tanda yg mengejutkan ini sebenarnya menunjukkan anda mungkin mengalami masalah saluran arteri yang tersumbat dan menyebabkan masalah jantung yg kronik.

Di Amerika Syarikat, setiap tahun ada lebih kurang 700,000 rakyatnya mengalami masalah jantung dan hampir 400,000 daripadanya mengidap CORONARY HEART DISEASE (CHD).

Hmmmm..ramai jgak tu..kalau kt Malaysian sy rasa lagi ramai dari segi peratusannya disebabkan oleh gaya pemakanan kita setiap hari. Dan kalau anda nak tahu, penyakit jantung juga adalah antara pembunuh nombor satu negara kita.

Tanpa buang masa, jom kita tengok antara tanda2 saluran arteri jantung kita tersumbat kalau mengikut kajian yg dibuat oleh Doktor Joel ni.


1. Baldness atau Ke-Botak-kan


Masalah kebotakkan terutama di bahagian tengah kepala merupakan salah satu tanda yang agak kuat untuk menunjukkan seseorang tu mengidap CHD senyap. Mengikut kajian, hampir 37,000 lelaki di US yang mengalami kebotakkan ni menghidap penyakit berkaitan jantung. Dan dalam kajian yang lain, hampir 7,000 orang termasuk 4,000 wanita yang ada masalah botak ni ada potensi untuk mati disebabkan masalah jantung. Wallahuallam...


2.  Erectile Dysfunction (ED)

 

Atau masalah ereksi dlm hubungan seksual juga merupakan antara tanda kepada saluran arteri yang tersumbat. Lelaki ni mempunya sistem amaran yang semula jadi bagi mengesan pembunuh senyap CHD. Seseorang lelaki yang susah untuk mendapatkan ereksi ataupon lansung tak boleh mencapai ereksi (mati pucuk) sebenarnya menunjukkan arteri dibahagian pelvisnya tersumbat dan merupakan tanda awal sebelum seseorang itu diserang sakit jantung. Secara purata, sela masa antara 3 hingga 5 tahun diperlukan pada waktu bermula nya ED kepada penyakit CHD ni boleh mula dikesan. Jadi ada banyak masa yang kita ada untuk mula berusaha mengesan, menubat dan menghindari diri dari masalah jantung ni. Kalau pasangan anda risau tentang prestasi seksual anda, mula dengan mengesan dan merawat dulu akar masalah iaitu arteri yang tersumbat sebelum anda cari pil2 perangsang yang mempunyai kesan sampingan yang merbahaya.

3. Earlobe Crease


Atau dengan bahasa mudahnya cuping telinga yang berlipat bermula dari atas cuping kebawah cuping (rujuk gambar untuk gambaran yang lebih jelas). Fakta ni sudah berdekad lamanya dikesan dalam penyelidikan perubatan yang merupakan kesan awal kepada CHD. Ini berlaku kerana peredaran darah yang tak sempurna kesan arteri yang tersumbat di bahagian jantung.


4. Sakit dibahagian Betis ketika Berjalan


Biasanya terjadi pada perokok dimana arteri dibahagian kakinya tersumbat dan sangat terdedah kepada CHD. Masalah sakit di bahagian betis ketika berjalan ini perlu kepada penilaian segera oleh doktor. Biasanya doktor akan memeriksa nadi pada bahagian kaki dan menjalankan ujian ringkas memeriksa tekanan darah dan peredaran darah pada kaki sebelum mengesahkan berlakunya arteri yang tersumbat.
mereka yang mengalami masalah ni biasanya dinasihatkan utk banyakkan makan sayuran dan mengurangkan makanan berasaskan haiwan serta memulakan jadual senaman berjalan yang sistematik. Kesakitan pada betis ini boleh hilang hanya dlm seminggu sekiranya disiplin makan dan senaman itu diamalkan.

Dalam entri yang seterusnya nanti sy akan menjelaskan tentang jenis2 makanan yang patut kita ambil bagi mengelakkan saluran arteri darah kita tersumbat.

Friday, 9 January 2015

KHASIAT PISANG SEBAGAI MAKANAN PERTAMA BAYI ANDA


Assalamualaikum..

Pisang/Banana menjadi pilihan kepada ramai para ibu utk dijadikan makanan pertama anak atau bayi mereka termasuklah anak aku yg first ni. Memang seronok tengok bila dia dapat pisang. Manis, rasanya yg sedap dan khasiat pisang menjadikan anak2 memberi respond yg mengujakan bila mendapat kelainan pada deria rasa mereka. Bagi aku, makanan seperti pisang ni da cukup utk menggantikan instant cereal atau instant food yg banyak ada dijual kt kedai tu. Tapi aku kena standby tukar baju dan basuh badan dia je lah, comot yg amat..huhuhu..

Tapi sebenarnya masih ramai yg tak tahu apa khasiat sebenar pisang ni. Korang boleh baca info yg aku bagi ni.

KHASIAT PISANG



Dalam sebijik pisang (anggaran berat 126 gram berat) mengandungi khasiat dan vitamin seperti berikut. Keep in mind, bagi anak2 kita terutama yg baru nak belajar makan tu, portionnya lebih kecil berbanding apa yg dinyatakan tu:-


  • 110 calories
  • 0 calories from fat
  • 0 cholestrol
  • 0 sodium
  • 450 g potassium
  • 30 g carboydrates: 3 g dietary fiber, 19 g sugars
  • 1 g protein


Bayi Umur Berapa Boleh Mula Makan Pisang?

Menurut The American Academy of Pediatrics, ibu bapa harus menunggu anak atau bayi mereka berumur dalam lingkungan 4 hinhga 6 bulan sebelum mula bagi makanan solid atau pejal. Ada jugak lain-lain kumpulan kesihatan antarabangsa menggalakkan supaya ibu bapa menunggu bayi mereka berumur hampir 7 bulan sebelum bermula dgn makanan pejal.

Kalau kita tak konfiden boleh je tanya mana2 pediatricion tentang waktu yg sesuai tuk anak2 korang.

Petua atau Cara Memilih dan Menyimpan Pisang


  • masa nak beli pisang tu, pilih yang warna dia kuning atau kuning kehijauan sikit.
  • pilih juga yang tak ada black spot banyak sangat.
  • Pisang yang warnanya kuning dan senang nak patahkan dari tandan dia tu sesuai utk kita buat puri.

Jangan simpan pisang dalam peti ais tau. Nnti sekejap je buruk. Tp kalau dah pisang tu jadi puri baru lah boleh kita simpan dalam peri ais. Kalau puri tu bertukar warna jadi chokelat skit tu biasa lah..memang normal..still fine tuk bagi anak makan.



PETUA RAHSIA WAJAH LICIN BERSERI SECARA SEMULA JADI

Wanita Ini Bermula Dengan Meminum 3 Liter Air Kosong Setiap Hari dan Keputusannya Amat Mengejutkan


Dari tajuk tu korang dah dapat agak kan apa yg aku nk kongsikan kt sini. Semuanya disebabkan apa yang kita makan dan minum. Aku sendiri suka sangat minuman yg manis. Tapi lepas aku baca pasal cerita ni aku jadi pikir dua kali sebelum meneguk air kegemaran aku tu..huhuhu
Kita belajar dulu sikit fakta tentang air bersih ni.

Hampir Kesemua fungsi dan sistem dalam badan kita bergantung kepada air. Air berfungsi membawa nutrien yang diperlukan kepada sel-sel badan, menyah toksin keluar dari organ-organ penting, membuang sisa dan memastikan kelembapan yg secukupnya pada bahagian hidung, telinga dan tisu tekak kita. Oleh yang demikian, tanpa meminum air yang secukupnya, fungsi- fungsi badan seperti yang dinyatakan tadi akan terganggu.

Cerita ni aku baca kt internet gak..mana tau boleh dijadikan panduan dan pengajaran tuk kita semua.

Ada la sorang perempuan british ni, nama dia Sarah Smith. Umur dia  42 tahun dan ibu kepada 2 orang anak. Dia ni menderita penyakit 'migraines' dan 'ingestion'.  Dia ada jumpa macam2 pakar la nk sembuhkan penyakit dia ni. Pastu ada sorng pakar nutrisi kt sana sarankan dia utk berhenti minum minuman yg ada caffeine mcm kopi, teh dan seumpamanya lah dan mintak dia banyakkan minum air kosong je.

Si Sarah ni pon terima saranan pakar nutrisi tu dan dia minun hanya air kosong sebanyak 3 liter selama 28 hari. Korang pernah tak minum air kosong je selama sebulan? Huh naik loya gak tengguk ni kan..hahaha

Ni result dari apa yg si Sarah tu buat. Agak mengejutkan jugak la bagi aku.

MINGGU PERTAMA

Ni gambar sebelum dia start. Kira biasa je la.

MINGGU KEDUA

Bila masuk minggu kedua nampak ada perubahan sikit.

MINGGU KEEMPAT


Dan ni gambar dia selepas 28 hari minum air kosong je. Nampak tak perubahannya? Ok lah aku bagi gambar yg jelas sikit.


Haa..kt sini kita nampak jelas perbezaan dia kan. Tak payah beli produk2 kecantikan yg mahal2 dan penuh dgn bahan kimia tu utk dapat kulit yang berseri. Cukup dgn minum air kosong je.

Lepas ni memang aku minum air kosong je lah sampai tua..hehehe. Awet muda tuu..


Sumber : dailymail.co.uk