Friday, 9 January 2015

PETUA RAHSIA WAJAH LICIN BERSERI SECARA SEMULA JADI

Wanita Ini Bermula Dengan Meminum 3 Liter Air Kosong Setiap Hari dan Keputusannya Amat Mengejutkan


Dari tajuk tu korang dah dapat agak kan apa yg aku nk kongsikan kt sini. Semuanya disebabkan apa yang kita makan dan minum. Aku sendiri suka sangat minuman yg manis. Tapi lepas aku baca pasal cerita ni aku jadi pikir dua kali sebelum meneguk air kegemaran aku tu..huhuhu
Kita belajar dulu sikit fakta tentang air bersih ni.

Hampir Kesemua fungsi dan sistem dalam badan kita bergantung kepada air. Air berfungsi membawa nutrien yang diperlukan kepada sel-sel badan, menyah toksin keluar dari organ-organ penting, membuang sisa dan memastikan kelembapan yg secukupnya pada bahagian hidung, telinga dan tisu tekak kita. Oleh yang demikian, tanpa meminum air yang secukupnya, fungsi- fungsi badan seperti yang dinyatakan tadi akan terganggu.

Cerita ni aku baca kt internet gak..mana tau boleh dijadikan panduan dan pengajaran tuk kita semua.

Ada la sorang perempuan british ni, nama dia Sarah Smith. Umur dia  42 tahun dan ibu kepada 2 orang anak. Dia ni menderita penyakit 'migraines' dan 'ingestion'.  Dia ada jumpa macam2 pakar la nk sembuhkan penyakit dia ni. Pastu ada sorng pakar nutrisi kt sana sarankan dia utk berhenti minum minuman yg ada caffeine mcm kopi, teh dan seumpamanya lah dan mintak dia banyakkan minum air kosong je.

Si Sarah ni pon terima saranan pakar nutrisi tu dan dia minun hanya air kosong sebanyak 3 liter selama 28 hari. Korang pernah tak minum air kosong je selama sebulan? Huh naik loya gak tengguk ni kan..hahaha

Ni result dari apa yg si Sarah tu buat. Agak mengejutkan jugak la bagi aku.

MINGGU PERTAMA

Ni gambar sebelum dia start. Kira biasa je la.

MINGGU KEDUA

Bila masuk minggu kedua nampak ada perubahan sikit.

MINGGU KEEMPAT


Dan ni gambar dia selepas 28 hari minum air kosong je. Nampak tak perubahannya? Ok lah aku bagi gambar yg jelas sikit.


Haa..kt sini kita nampak jelas perbezaan dia kan. Tak payah beli produk2 kecantikan yg mahal2 dan penuh dgn bahan kimia tu utk dapat kulit yang berseri. Cukup dgn minum air kosong je.

Lepas ni memang aku minum air kosong je lah sampai tua..hehehe. Awet muda tuu..


Sumber : dailymail.co.uk

1 comment: